Zamihan Takutkan Bayangan Sendiri
Selepas selesai menghadapi peperiksaan, saya terkedu membaca berita-berita tanahair tercinta malaysia. Tuduhan liar terhadap Dato Seri Shahidan, Dato sri Haji Abdul Hadi, Dr Asri Zainul Abidin dan Sohibus Samahah Dr Juanda dengan JI atau keganasan sangatlah tidak berasas! Jika benarlah Zamihan Mat Zin (ILIM) membuat kenyataan biadap dan liar ini terhadap mereka, semoga Allah membalas kepada sang pendusta dengan seburuk-buruk azab didunia sebelum akhirat. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada orang-orang yang masih hidup!
Sebagai umat islam, kita yakin bahawa kebenaran tetap akan tertegak akhirnya walaupun ranjau yang akan dilalui itu pahit. Sebahagian ulama silam tidak dapat melihat kesan-kesan ilmu yang disampaikan mereka kecuali setelah matinya ulama tersebut. Contohnya terlalu banyak, bukan disini tempatnya untuk bercerita.
Sangat menghairankan, kenapa si Zamihan ini beriya benar cuba mengaitkan Wahabi dengan pengganas? Tidak cukupkah Syeikh Aiman Daqqaq dan ramai lagi menjadi mangsa kezaliman disebabkan hanya mengajar hadis soheh Bukhari? Jika zamihan tidak bersetuju dengan masalah-masalah khilaf @ tafsiran tertentu dalam sub topik agama, perlukah tuduhan pengganas ditudingkan? Ulama sudah lama berkhilaf, tetapi yang menggunakan taktik jahat dan kejam melalui tangan-tangan pemerintah biasanya hanyalah golongan Syiah dan puak-puak Bathiniyyah! Adakah Tarikh @ sejarah silam akan berulang kembali? Sekalipun zamihan salah faham bahawa Saudi adalah negara Wahabi, janganlah menyebabkan hubungan dua hala kerajaan Malaysia dan Arab Saudi goyah. Setakat ini Malaysia dipuji pengurusan jemaah hajinya oleh kerajaan Saudi. Berapa ramai pelancong Saudi melawat Malaysia kerana yakin bahawa Malaysia terjaga keharmoniannya dan bagus pengamalan islamnya? Bukankah kehadiran mereka ini menjadi sumber rezeki kerajaan dan rakyat Malaysia?
Hairannya ialah, kenapa zamihan diberi autoriti oleh pihak polis hingga dengan mudah melabelkan bahawa fulan bin fulan pengganas? Siapa zamihan? ketua risikan anti pengganas malaysiakah? Atau sudah menggantikan ketua polis negara Musa Hasan?
Jika zamihan terlalu bencikan dengan pemikiran dan aliran wahabi, janganlah mengkafirkan mereka pula. Kemudian dituduh pula si wahabi yang mengkafirkan zamihan dan orang-orangnya. Ini bermaksud sudah mengganaskan orang yang bukan pengganas sedangkan dia yang mengganas? Kerajaan Malaysia dan polis perlu menjaga kredebiliti mereka yang semakin terjejas khususnya polis. Jangan kerana zamihan seorang, islam di Malaysia terkubur dan kerajaan BN hilang kuasa kerana kezalimannya. zamihan hanyalah seorang rakyat malaysia daripada 28 juta penduduk. pandangannya belum tentu benar lebih-lebih lagi jika terbawa emosi, dendam dan berat sebelah. Masih ramai pakar-pakar dan ilmuan islam dalam pelbagai bidang boleh di ambil pemikirannya untuk kebaikan negara.
Ingatlah, Allah akan menjatuhkan mana-mana kerajaan yang zalim sekalipun ianya dibawah pimpinan orang islam, dan Allah membiarkan kerajaan yang adil untuk tetap teguh sekalipun ianya dibawah pimpinan orang-orang kafir. ini adalah sunnah Allah dalam tadbiran alam semesta. Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi sangat mustajab sekalipun yang dizalimi itu adalah orang-orang kafir, bagaimana pula jika yang dizalimi itu adalah para ulama serta mempunyai jasa yang banyak kepada agama, bangsa dan negara? zamihan jangan takut dengan bayangan sendiri dan berlaku adillah. Wallahu a3lam.
sumber