Saturday, July 24, 2010

Kesimpulan Bab 1:

Kesimpulan Bab 1:

Pengenalan kepada al-Salaf dan al-Khalaf.

Alhamdulillah telah selesai kita menilai semula beberapa hal penting yang membentuk dasar utama dalam Bab 1 buku Salafiyah Wahabiyah yang berjudul Pengenalan kepada al-Salaf dan al-Khalaf. Dalam penilaian ini telah jelas kepada kita perbezaan antara al-Salaf dan al-Khalaf, asal usul al-Salaf, siapakah al-Salaf, fahaman al-Salaf, kedudukan al-Salaf sebagai satu mazhab dan kepentingan untuk kita mengikuti Mazhab al-Salaf. Kesimpulannya didapati bahawa Mazhab al-Salaf adalah sesuatu yang benar-benar wujud, umumnya terdiri daripada mereka yang hidup sebelum tahun 300 hijrah. Secara terperinci mereka terdiri daripada (1) generasi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat, (2) generasi tabi‘in dan (3) pengikut kepada generasi tabi‘in.

Penilaian bab pertama ini diakhiri dengan pesanan penyusun Salafiyah Wahabiyah sendiri pada ms. 14:

Dengan makna yang lain, kebanyakan daripada kebaikan itu berlaku pada zaman al-Salaf kerana mereka lebih hampir dengan zaman Baginda s.a.w. Justeru itu, mengikuti mereka adalah sebaik-baik ikutan.

1 comment: