Friday, July 9, 2010

PENILAIAN SEMULA NO: 4

PENILAIAN SEMULA NO: 4

Dakwaan Fahaman al-Salaf berasal daripada penganut Mazhab Hanbali.

Dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 16, disebut bahawa:

Imam Muhammad Abu Zahrah di dalam kitabnya “Tarikh al-Mazahib al-Islami” m.s. 187, pula menjelaskan “…yang kami maksudkan orang-orang al-Salaf ialah orang-orang yang menggelarkan diri mereka sebagai penganut fahaman al-Salaf yang lahir pada kurun ke-4 H. Mereka adalah penganut mazhab Hanbali, dan mendakwa fahaman mereka di ambil daripada Imam Ahmad ibn Hanbal r.h.m. yang dikatakan Imam yang menghidup dan mempertahankan ‘aqidah al-Salaf dan memerangi fahaman yang lain.[1]

Penilaian semula:

Kenyataan Muhammad Abu Zahrah di atas sangat perlu dinilai kembali. Beliau telah menyandarkan fahaman al-Salaf kepada Mazhab Hanbali sahaja tanpa mengemukakan sebarang bukti. Dalam bukunya tersebut beliau berkata bahawa perkara utama yang ditegakkan oleh al-Salaf al-Hanbaliyah adalah dalam subjek Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat. Beliau juga kemudiannya bersandar kepada keterangan dalam kitab Daf’u Syubhat Tasybih bahawa fahaman tersebut bukanlah merupakan fahaman tauhid Ahmad bin Hanbal.

Hal ini ternyata tidak benar. Sebelum ini (PENILAIAN SEMULA NO: 2) telahpun dikemukakan pegangan (i’tiqad) para imam yang empat serta seluruh tokoh-tokoh generasi al-Salaf tentang kaedah mereka dalam memahami nas-nas al-Sifat. Jelas bahwa ia tidak terhad kepada Ahmad bin Hanbal dan para penganut Mazhab Hanbali sahaja.



[1] Boleh dirujuk kepada Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah (Dar al-Fikir al-‘Arabi, Kaherah tp. thn.), ms. 190 dan seterusnya. Bahagian pertama buku Abu Zahrah ini juga telah diterjemahkan atas judul Aliran Politik dan ‘aqidah dalam Islam (terj: Abd Rahman Dahlan & Ahmad Qarib; Logos, Jakarta 1996). Untuk nukilan di atas, sila lihat ms. 225 dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment