Sunday, September 12, 2010

PENILAIAN SEMULA NO: 21

PENILAIAN SEMULA NO: 21

Dakwaan Ibn Jarir al-Tabari mentakwil ayat 29 surah al-Baqarah.

Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 45:

Seorang Imam al-Salafi, Imam Ibn Jarir al-Tabari dalam tafsirnya (m.s. 228-229, jld. 1) Cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyah sekali lagi menjelaskan takwilannya pada firman Allah S.W.T. yang berbunyi:

Ertinya: Kemudian ia menuju dengan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit. (Surah al-Baqarah 2:29)

Ayat di atas ini ditakwilkan oleh beliau dengan makna ketinggian, kekuasaan, keperkasaan, kemuliaan, kemegahan dan kebesaran. Bukannya dengan makna ‘tinggi’ yang boleh dirasa dengan pancaindera yang lima, sebagaimana yang didakwa oleh golongan al-Mujassimah dan al-Musyabbihah.[1]

Penilaian semula:

Takwilan yang dilakukan oleh Ibn Jarir al-Tabari (310H) adalah takwil penafsiran maksud dan bukannya takwil pengalihan lafaz. Ini adalah kerana perkataan Istiwa’ memiliki beberapa maksud dan Ibn Jarir menafsirkan maksudnya yang paling tepat selari dengan konteks keseluruhan ayat 29 surah al-Baqarah di atas. Terhadap perkataan Istiwa’ , berkata Ibn Jarir al-Tabari:[2]

وأولى المعاني بقول الله جل ثناؤه: (( ثم استوى إلى السماء فسواهن )) علا عليهن وارتفع فدبرهن بقدرته وخلقهن سبع سموات.

Dan maksud yang paling utama terhadap firman Allah yang Maha Agung lagi Terpuji: Kemudian Ia istiwa’ ke arah langit maka dijadikannya (ialah) Tinggi di atasnya (high above) lagi Meninggi (rise) kemudian mentadbirnya dengan Kudrat-Nya dan menjadikannya tujuh petala langit.



[1] Asalnya dikemukakan oleh Hasan al-Saqqaf dalam dalam Sahih al-‘Aqidah al-Thahawiyyah, ms. 160-161, no: 12 dan Daf’u Syubhat al-Tasybih, ms. 16, no: 12.

[2] Lebih lanjut lihat Jamii’ al-Bayan ‘an al-Takwil ay al-Qur’an (Dar al-Fikr, Beirut 1999), jld. 1, juz 1, ms. 276 (tafsir ayat 29 surah al-Baqarah).

No comments:

Post a Comment